Automate your Marketing
with Womplify




 


By: Fatinz Cute Cats

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 18-Jan-2010 01:35 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke Lye Huat Garden.

 
 
 
View all 4 photos...



Masa cuti sekolah yg lalu, kitaorang berkesempatan berjalan2 ke sebuah taman rekreasi yg sangat indah . Taman ini terletak tidak jauh dari rumah kitaorang. walaupun taman ni sudah lama dibuka, dan kitaorang pernah 2 kali datang ke sini, namun, setiap kali kitaorang berkunjung ke sini, ada saja perubahan yg dilakukan. Kalau dulunya hanya ada pokok2 yg merimbun & cantik seperti taman bonsai, taman buluh tetapi kini terdapat taman haiwan seperti taman burung, akuarium ikan, termasuklah haiwan liar seperti harimau & buaya Tidak kurang juga, terdapat kolam ikan yg sangat besar dan didiami oleh beratus2 ekor ikan kap merah yg sangat jinak. Kitaorang membeli makanan ikan dikaunter tiket untuk diberi pada ikan2 tersebut. Lanskap di dalam taman ni, sangat cantik, bukan sahaja tumbuhan yg berbau harum, malah terdapat juga patung2 batu seperti terracotta warrior & patung2 purba yg lain. Yang paling menarik, adanya muzium batu batan yg cantik serta barangan lama & lukisan masyarakat cina purba Kata orang, selain sangat sesuai untuk mengambil gambar, tempat ini juga boleh menjadi tempat berkelah bersama keluarga. Orang ramai boleh membawa makanan kerana terdapat banyak pondok2 disediakan untuk beristirehat. Tak rugi kalau singgah ke taman Lye Huat, kerana buat masa sekarang ni, agak sukar untuk kita mencari tempat menarik bagi melegakan tekanan




Tuesday, 12-Jan-2010 02:06 Email | Share | | Bookmark
Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad.

Bahagian dapur rumah kelahiran Tun Mahathir.
Di depan serambi rumah...
Di halaman rumah...
View all 5 photos...



Memang lama sungguh kitaorang tak update FP ni Bukannya apa, semua orang sibuk dengan trend baru ( kemaruk Fcbook). Mama pun dah tak sempat nak edit gambar2 yg menarik untuk FP kitaorang ni. Tapi syukurlah, kitaorang masih sempat menulis sedikit sebanyak aktiviti cuti sekolah yg lalu .Masa cuti persekolahan yg lepas, kitaorang tak bercuti kemana2 pun... Tapi papa tidak menghampakan kitaorang, dia bersemangat membawa kitaorang melawat ke Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar. Pada mulanya memang rasa tak seronoklah pi ke tempat2 camni, tapi kitaorang tak sangka, lawatan pendek ni sangat menghiburkan Mana taknye, kitaorang dapat mengimbau kembali sejarah salah seorang Perdana Menteri M'sia yg tersohor! Tak sangka...PM kita hanya seorang anak desa yg sederhana hidupnya dapat menjadi seorang ternama di mata dunia Itu semua berkat usaha gigih beliau menuntut ilmu & sokongan ayahanda beliau sebagai guru besar yg mendidik beliau menjadi insan yg memartabatkan ilmu pengetahuan.



Setelah selesai mengembara sambil mengimbau sejarah lama, akhirnya ia membuat kitaorang berfikir : Ilmu pengetahuan itu sangat penting, ia umpama berlian yg berkilau, walau sekecil mana sekalipun, nilainya tetap tinggi. Jadilah manusia yg berilmu, kerana dengan ilmu sajalah kita akan disanjung tinggi....


Saturday, 19-Dec-2009 10:12 Email | Share | | Bookmark
Cerita tentang Cyber Cafe....



Memandangkan cuti sekolah yg panjang sudah pun bemula, kes berebut komputer pun makin menjadi-jadi . Untuk menyelesaikan masalah tersebut, kitaorang telah membuat satu mesyuarat tergempar bagi menubuhkan 1 Kelab Komputer ala Cyber Cafe di rumah ni . Cyber cafe ni beroperasi dari pukul 8:00 pagi - 10:30 mlm. Siap ada buku log lagi untuk daftar masuk & keluar . Syukurlah, masalah perebutan komputer ni dpt diselesaikan dengan bijak . Husna pun makin cekap menggunakan komputer dan pelbagai online game yg telah kitaorang terokai. Sebab tulah FP ni kitaorang jarang update. Tapi, kalau ada masa terluang, kitaorang cuba mengelakkan game dan melawat FP ni .





Tuesday, 15-Dec-2009 09:46 Email | Share | | Bookmark
Waktu Indah Bersama Keluarga...

Berehat ditepi tasik.
Papa, kakak & Husna.
Fatin & Husna.
View all 9 photos...








Saturday, 28-Nov-2009 04:16 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Haji 2009



Semalam seluruh Umat Islam menyambut Hari Raya Haji . Setiap tahun, Hari Raya Haji ni, merangkap Hari Ulangtahun perkahwinan papa & mama . Jadi, Hari Raya Haji ni adalah hari yang paling bermakna buat kitaorang semua. Tahun ni papa & mama menyambut hari ulangtahun mereka yg ke 11. Setiap kali Raya Haji, papa akan beli kek yg besar & istimewa untuk kitaorang semua Maklum sajalah.. nak pi makan2 di luar pun hari raya kan, kedai pun banyak yang tutup hari ni, yg ada cuma Pizza, KFC, McDonald & even Secret Recipe pun tutup .



Tapi syukurlah, dapur mama still berasap2, kalau dapur mama pun 'tutup', alamat makan bungkus le kitaorang kat nasi kandar . Terima kasihlah mama, yg sudi merebus ketupat, masak rendang, goreng kacang untuk sediakan kuah satay & tabik kat papa yg sanggup travel 10km untuk mencari lemang & ketupat palas! . Akhirnya dapatlah kitaorang menyambut Raya Haji ni dengan penuh bermakna. Dah lah tak balik kampung, jiran keliling semuanya dah seminggu awal kosongkan rumah masing2, tinggallah kitaorang & lembu korban kat sini, hu,hu... Namun, bila papa ajak pi Alor Setar, makan KFC sebagai jamuan mini untuk sambutan hari ulangtahun papa & mama, kitaorang apa lagi seronoknya dapat jalan2 untuk menghilangkan rasa bosan & rindu pada kampung halaman Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha & Maaf Zahir & Batin... .



[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net